Kaedah Penyelidikan 1

Kaedah Penyelidikan 1

Wednesday 7 May 2014

KONSEP PENYELIDIKAN

 SITI ASMAH BINTI MD YUSOF  (P74436)
WREYANA BTE MOHD HAMBARI  (P74966)

KONSEP PENYELIDIKAN

PENGENALAN
Peranan guru hanya sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian sepenuhnya ke atas murid, penggubalan kurikulum serta penyelidikan untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.

Kini, konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasas sekolah sedang dikembangkan dalam situasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga telah diberi penekanan untuk menggalakkan guru menambah baik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan penyelidikan kendiri dan kajian tindakan.

Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk menangani masalah profesional yang mereka hadapi. Guru dikehendaki menjadi lebih peka dan sentiasa menilai tugas dan kemajuan yang dicapai sebagai pendidik. Oleh yang demikian guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan, sesuai dengan fenomena globalisasi dan teknologi maklumat yang semakin maju. Guru juga perlu boleh menilai laporan penyelidikan yang diterbitkan supaya hasil dapatan boleh dimanfaatkan oleh semua warga penyelidik.

KONSEP PENYELIDIKAN

Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai siri dan operasi beberapa aspek alam ini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan  sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita perlu bukti untuk menyokong sama ada suatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Salah satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian suatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk membolehkan seorang guru menjalankan penyelidikan, guru perlu memahami proses menjalankan kajian.

Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenalpasti satu masalah yang boleh diselidik dan boleh ditambah baik. Untuk meneruskan proses itu, seseorang itu harus mempunyai satu idea yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan penyelidikan.


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYELIDIKAN

Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah mentakrifkan penyelidikan dengan ringkas iaitu sebagai satu proses sistematik untuk memberi jawapan kepasa satu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak. Berikut akan dibincangkan berbagai takrifan yang telah diberikan:
Jawapan yang mudah mengenai maksud penyelidikan adalah seperti yang diberi oleh Tuckman (1990).  “Penyelidikan adalah satu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada soalan”.  Dua perkara yang timbul daripada maksud di atas iaitu mengenai proses ‘sistematik’ dan ‘jawapan kepada soalan’.  Ini bererti proses penyelidikan adalah teratur, mengikut suatu urutan dan dipandu oleh satu soalan yang merupakan ‘masalah’ yang hendak diselesaikan.  Perkataan ‘selidik’ itu bermaksud mencari yang meliibatkan ‘kerja-kerja memeriksa, menyelidik dan menilai’, akan tetapi takrifan di atas menegaskan kerja-kerja yang sistematik.

Gage (1975) pula menambah, “Penyelidikan adalah satu kajian yang sistematik terhadap pembolehubah-pembolehubah yang menentukan jika dan/atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain”.  Mouly (1963) pula menegaskan, “Penyelidikan sebagai satu proses untuk mendapat penyelesaian-penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik”.  Kedua-dua definisi di atas menerangkan penyelidikan sebagai satu proses.

Dua lagi takrifan yang dapat meneguhkan ciri-ciri proses penyelidikan iaitu definisi yang diberikan oleh Kerlinger (1990) .  “Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal mengenai fenomena semula jadi yang berpandukan teori dan hipotesis mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena”.  Mana kala menurut Best (1991) pula, “Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisa dan pemerhatian yang terkawan secara sistematik dan objektic yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian”.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan:
1.              Penyelidikan itu sistematik
Sistematik bermaksud ia melibatkan langkah-langkah yang teraturdan            dilakukan peringkat demi peringkat (Sidek Mohd. Noah, 2002).  Ini   bermaksud penyelidikan itu berstruktur prosesnya dan melibatkan urutan     yang logik susunannya, bermula dengan masalah kajian, diikuti dengan       penentuan dan takrifam pembolehubah, rekabentuk kajian untuk         menentukan pemboleh ubah dan kesannya terhadap pembolehubah lain serta     interpretasi data yang dikumpulkan berkait masalah yang timbul.
2.              Penyelidikan itu bersifat logik
Penyelidikan melibatkan pertimbangan fakta dan logik fikiran manusia          berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancainderanya (Sidek Mohd. Noah,          2002).  Penyelidikan tersebut mengikut satu sistem yang menggunakan    logik pada beberapa ketika di dalam prosedur yang digunakan.            Penyemakan kesahan keputusan dibuat dengan memeriksa tatacara yang     digunakan dalam penyelidikan berdasarkan keperluan memenuhi kesahan      dalam penyelidikan.
3.              Penyelidikan itu empirikal
Pengumpulan data secara cerapan menyatakan penyelidikan tersebut adalah empirikal.  Penyelidikan secara empirikal merujuk kepada reliti dan bukan    abstrak.  Data empirikal itu merupakan keputusan akhir proses kajian.
4.              Penyelidikan itu reduktif
Penyelidik menggunakan prosedur analisa terhadap data yang dikumpulkan.             Prosedur analisa akan digunakan untuk merumus data yang dikumpul          supaya penyelidik mudah memahami hubungan dan bagaimana hubungan     itu wujud antara pemboleh ubah.  Menurut Sidek Mohd. Noah (2001) pula,           ianya melibatkan percubaan mengubah hasil atau dapatan kajian menjadi    teori.
5.              Penyelidikan itu boleh diulangi dan dipindahkan atau direplikasi
Penyelidikan itu boleh diulang oleh penyelidik yang sama atau penyelidik      yang berlainan dan ia merupakan pengembangan kepada pengetahuan yang         sedia ada.  Dari sudut ini, hasil kajian boleh disemak dengan mengulang proses penyelidikan.  Dapatan boleh dipindahkan dari satu penyelidik           kepada penyelidik yang lain.  Penyelidik boleh menggunakan atau   mengembangkan lagi memalui penyelidikan lanjutan.


RUMUSAN

Perkataan selidik bermaksud satu pencarian untuk menjelaskan atau memeriksa sesuatu perkara supaya dapat mencari maklumat yang boleh membantu penyelidik menyelesaikan masalah.  Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa penyelidikan adalah satu proses yang sistematik, logikal, empirikal dan saintifik yang dijalankan untuk menyelesaikan suatu masalah.  Penyelidikan dikatakan sistematik kerana prosesnya adalah berstruktur yakni terdapat peraturan dalam menjalankan kajian itu.  Peraturan itu melibatkan penentuan prosedur-prosedur untuk mengenalpasti dan mentakrif pemboleh ubah serta memilih rekabentuk kajian bagi mengkaji pembolehubah-pemboleh ubah itu.  Penyelidikan adalah empirikal kerana ia merujuk kepada kebenaran.  Data atau maklumat adalah hasil akhir dalam penyelidikan.  Pengumpulan data akan menentukan penyelidik itu sebagai satu proses empirikal.  Proses ini melibatkan pengukuran daripada pemerhatian.  Proses penyelidikan bersifat saintifik kerana ia merangkumi satu aktiviti inkuiri yang objektif berdasarkan pungutan data yang tersusun.


Langkah-langkah dalam penyelidikan

Penyelidikan, seperti yang telah ditakrifkan, merupakan satu proses yang sistematik kepada persoalan-persoalan yang hendak diselidik (Kerlinger,1972; Leedy & Ormrod, 2001).  Ini menuntut penyelidik untuk mematuhi langkah-langkah yang telah diterima umum sebagai kaedah saintifik.  Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah saintifik. Aktiviti penyelidik itu merangkumi proses mengenalpasti masalah uuntuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah itu, menguji hipotesis, pemgumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh dipercayai disamping penganalisaan serta interpretasi data.  Langkah-langkah penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1.  Setiap langkah penyelidikan akan dibincangkan dalam modul-modul yang berikutnya. 

 









Rajah 1: Urutan Linear Dalam Penyelidikan

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN

Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajiian adalah sinopsis atau abstrak iaitu ringkasan yang menerangkan tentang kajian yang dilakukan, jenis kajian, pembabitan subjek, di mana, instrumen yang digunakan dan dapatan kajian yang diperoleh.  Daftar jadual, daftar rajah serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman pembaca.  Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan kajian.

Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidik, ke arah meneruskan penyelidikan atau fenomena baru pada masa akan datang.


AKTIVITI PENYELIDIKAN

A)                Mencari dan mengenal pasti masalah
Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah penyelidikan.  Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang mampu dikaji.  Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu,idea-idea untuk menentukan tajuk kajian, justifikasi kepada penyelidikan yang hendak dikaji dan kepentingan penyelidikan yang bakal dilaksanakan.  Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan sehariannya di dalam atau di luar bilik darjah.

Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan masalah.  Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-persoalan dan isu-isu tersirat.  Pengenal pastian masalah melibatkan penentuan dengan tepat persoalan-persoalan dan isu-isu yang genting dalam bidang pendidikan.  Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan masalah dan persoalannya.  Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan.  Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah penyelidikan.  Pertama, mengenal pasti tajuk yang diminati.  Kedua, membentuk pelbagai persoalan kecil.  Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan.  Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan khusus.

Pemecahan persoalan kepada unsur-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan sehingga penyelidik berupaya mendapatkan penjelasan tentang apakah unsur dan pembolehubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan.

B)        Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan
Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh manakah sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan kepada proses membuat keputusan dalan pendidikan.  Pertimbangan mngenai nilai kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu dan pendapat penyelidik.  Secara ringkasnya terdapat beberapa kriteria untuk memantapkan sesuatu masalah penyelidikan:
i.   Masalah hendaklah sesuai uuntuk diselidiki.  Masalah haruslah tergolong dalam                 bidang kepakaran penyelidik.  Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut               boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan yang                                diperuntukkan.

ii.  Penyelidik perlu menjalankan penyelidikan secara sistematik dan teratur.                             Penyelidik perlu menghindarkan masalah yang mempunyai                                                                             pertimbangan-pertimbangan nilai dan kepercayaan.

iii. Matlamat penyelidikan mestilah mempunyai penyelesaian dan dapat                                                           meningkatkan pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan.                 
Menurut Noaini Idris (2010), Masalah yang dikaji mestilah jitu dan konkrit serta memerlukan jalan penyelesaian.
                
iv. Penyelidikan hendaklah dapat meneguhkan dan menambah lagi pengetahuan                                 sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalah-masalah baru.


C)        Pembentukan Objektif dan Hipotesis
Objektif merupakan sasaran sebenar penyelidik.  Objektif adalah bersifat lebih khususdan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.  Penyelidik perlu menyatakan objektif penyellidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan penyelidikan.  Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat membantu menjelaskan tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.

Pembentukan hipotesis adalah langkah selepas pemilihan masalah.  Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan di antara dua atau lebih pemboleh ubah di dalam suatu penyelidikan.  Ia juga adalah saranan sementara bagi menyelesaikan masalah berasaskan teori atau hasil penyelidikan.  Menurut Noraini Idris (2010), hipotesis ialah satu penyataan yang dibuat tentang suatu fenomena yang diselidik dalam bentuk ramalan tentang hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah yang dijangka mempunyai kaitan.

Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis:
i.   Hipotesis memberi janngkaan atau ramalan sementara tentang fenomina yang                                 dikaji.
ii.  Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.
iii. Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidik kerana hipotesis mewakili                 satu objektif tertentu.  Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan,                 mencadangkan analisa statistik yang berkaitan dengan                                            
pembolehubah-pembolahubah yang dikaji.
iv. Hipotesis memberi rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.  Ia juga                          memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.


CIRI-CIRI HIPOTESIS
Antara ciri-ciri tertentu  hipotesis ialah:
a.                   Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya penyelidikan          boleh dilakukan dengan sempurna.
b.                  Hipotesis mestilah sepandan deengan pengetahuan sedia ada, tidak bertentangan   dengan teori dan hukun yang sedia ada.
c.                   Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan menerangkan        fenomena dengan logik, tepat dan jelas.
d.                  Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara             pembolehubah-pembolehubah.
e.                   Hipotesis mestilah boleh diuji.  Pengujuan hipotesis membolehkan kepastian dibuat            sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang    bersifat sementara.  Inferen dibuat setelah hipptesis diuji.

Definasi Istilah Secara Operasi

Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas dalam konteks skop kajian terbabit dan rumusan dari beberapa definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep khusus dalam bidang perkaitan. Definisi istilah boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu definisi konstitutif dan definisi beroperasi. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan.

Tinjauan Literatur

Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literatur penyelidik akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan sebagainya untuk membentuk satu strategi dari kaedah yang berkesan menyelesaikan masalah.
Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang berkaitan dengan sesuatu penyelidikan pendidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara,ensaiklopedia, katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review Resources Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan professional yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain. Modul keempat akan menerangkan dengan lebih terperinci.

Populasi dan Persempelan
            Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisa. Pentafsiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan penyelidikan yang berkesan penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat dan jelas.

Sampel

Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu penyelidikan harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu lakukan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sampel bagi menganggar maklumat untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapakan sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut:
1.     Persempelan berasaskan teori kebarangkalian
Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel bersandarkan teori kebarangkalian.
2.     Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian
Kadangkala penyelidik mrasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.

KEADAH PENYELIDIKAN
Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan. Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidik yang sering digunakan dalam penyelidikan kualitatif dan dan penyelidikan penilaian.

INSTRUMEN
Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan perkara-perkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah cara-cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan serta boleh menyebabkan beban menginterpasikan maklumat dan hasil kajian. Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan alat pengumpulan data yang tidak berkesan.

Instrument ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian penyelidikan.

Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negative terhadap olahan dan seterusnya tehadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumensupaya dapat member gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, itemitem yang ada dan skala jawapan yang digunakan. Intrumen yang diambil dari luar hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan ayat-ayat yang mudah difahami.

Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendaklah dinyatakan dari hasil ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut. Item-item yang mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula sebeum dijalankan pungutan data sebenar.


Memproses dan Menganalisis Data

Membuat analisis dan interprestasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajain yang kedua.

Proses menganalisis, menginterprestasi dan membuat keputusan hanya boleh dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihadkan dengan menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan, carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.

MEMBUAT KESIMPULAN
Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk member jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan.
Pada kebiasaannya tedapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan seperti yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis penyelidik. Hanya data daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku. Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia mentafsir keputusan negatif atau sebaliknya.

MEMBUAT  LAPORAN
Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini biasanya mengamdungi perkara-perkara berikut :
1.      Pengenalan
2.      Penyataan masalah penyelidikan
3.      Objektif dan tujuan penyelidikan
4.      Tinjauan Literatur
5.      Keadah penyelidikan yang digunakan
6.      Keputusan kajian
7.      Rumusan dan cadangan
8.      Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama. Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaannya lebih mantap dan meluas.


RUMUSAN
Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik. Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan penyelidikan memrlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat global, penyelidikan seharusnya melbatkan perancangan yang sistematik dan teratur supaya kerja-kerja penyelidikan pendidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan.

Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat.
Penyelidikan mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yangmengandungi fakta-fakta analisis dan klasifikasi yang logic dan diuji penggunannya kea rah penyelesaian masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik.
Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai panduan kepada penyelidikan pada masa akan dating bagi menghadapi kajian dan penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia






RUJUKAN
Leedy, P.D> (1997). Practical Research: Planning and Design. 6th ed. Prentice Hall, New Jersey.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tuckman B.W. (1994). Conducting Educational Research. 4th Ed. Harcourt Brace & Company, Florida, U.S.A.
Bebbie, E. (1986). The Practice of Social Research. 4th Ed. Wadsworth,Belmont, California.
Best, J.W. and Kahn, J.V. (1998). Research in educational 8th. Ed. Allyn and Bacon, USA.
Kerlinger, F.N. (1990). Foundation of Behavioral Research (2nd Edition). New York: Holt, Rinehart and Winson.
Wiersma, W. (1991). Research in Education: An Introduction 5th .Ed. Allyn and Bacon, USA.
Mouly, G.J. (1963). The Science of Educational Research. New York: American Book Company.
Best J.W. (1991). Research in Educatioanal. New Jersey: Prentice Hall Inc.





TINJAUAN LITERATUR

Disediakan oleh:
Ahmad Nazreen bin Mohammad Fauzi           P73937
Nur Alyaa Syazwani binti Zainodin                P73951



TINJAUAN LITERATUR DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tinjauan literatur  atau sorotan kajian biasanya diletakkan dalam bab dua dalam sesuatu tesis atau laporan kajian. Menurut Amani Dahaman (2011),tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Tinjauan literatur ialah pengumpulan maklumat penyelidik tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat tinjauan literatur seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji.Selain itu tinjauan literature adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci. Ia membabitkan kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal,buku dan dokumen lain yang menjelaskan maklumat lepas dan semasa , menyusun literatur dalam topik tertentu dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan .Justeru, tinjauan literatur merupakan satu proses sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari,mengumpul,membaca serta merumus maklumat dengan terperinci.Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikanyang akan dilakukan.Umumnya ia ditulis mengikut subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
            Menurut D.N. & Beile, P. (2005), objektif tinjaun literatur adalah membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji,menemui pembolehubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama. Selain itu objektif tinjauan literature adalah untuk memahami struktur latar belakang subjek penyelidikan yang dijalankan.menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan.
            Antara kepentingan tinjauan literatur ialah mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah penting.Tinjauan literature biasanya boleh membantu seseorang penyelidik mendapat idea yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam sesuatu persoalan yang ingin dikaji.Di samping itu,tinjauan literature dapat membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep-konsep penting dalam sesuatu kajian.Selain itu,ia dapat membezakan apa yang telah dikaji dengan yang dikaji.Apabila seseorang penyelidik menjalankan tinjauan literature, beliau bukan sahaja dapat membezakan apa yang telah dikaji dengan apa yang dikaji,tetapi beliau juga dapat menjadikan kajian-kajian yang lepas sebagai asas kepada permasalahan yang ingin dikaji.Misalnya hasil kajian yang lalu dapat memperkenalkan beberapa hala tuju baru kepada kajian yang akan dilakukan.Kepentingan literature juga dapat membaut sintesis kea rah perspektif berbeza.Proses membuat rumusan ke atas kajian-kajian yang lepas melalui tinjauan literatur biasanya membolehkan seseorang penyelidik membuat sintesis tentang bidang ilmu sekaligus membantu dapat perspektif baru bagi mengkaji permasalahan tersebut. Dengan perkataan lain,tinjauan literature membantu seseorang penyelidik mendapatkan fokus kepada isu yang ingin dikaji.
            Selain itu kepentingan yang lain ialah menentukan makna dan hubungan.Pembolehubah-pembolehubah dalam setiap kajian perlu dinyatakan,didefinisikan dan dihubungkan dalam permasalahan atau hipotesis yang akan dilihat.Justeru itu,sekiranya tinjauan literature dilaksanakan , penyelidik tidaklah terikat untuk membina makna dan hubungan yang asli bermula dari awal tetapi boleh menggunakan atau membuat adaptasi daripada makna dan hubungan dari kajian-kajian lepas yang berkaitan.Kepentingan yang berikutnya ialah menyediakan konteks kepada permasalahan.Konteks kepada sesuatu permasalahan yang dikaji merupakan rujukan kepada pembaca kenapa isu tersebut merupakan satu masalah.Dengan perkataan lain,tinjauan literature memberi konteks kepada penyataan masalah sesuatu penyelidikan.Ini penting sebagai justifikasi kepada setting di mana masalah tersebut diambil.Kepentingan yang terakhir ialah memperkuat signifikasi permasalahan.Sesuatu pernyataan masalah biasanya didasarkan kepada justifikasi teoritikal.Untuk ini biasanya seseorang penyelidik mengambil rujukan daripanda tinjauan literature yang dibuat.Justeru itu, tinjauan literature yang dilaksanakan dalam sesuatu penyelidikan memperkuatkan signifikasi bagi menyiasat permasalahan tersebut.Ringkasnya,selain daripada memberi konteks dan signifikasi kepada permasalahan yang sedang dikaji,tinjauan literature menurut Wiersma(1991)  penting dan berguna bagi :
·         Mengenalpasti dan menghadkan permasalahan kajian
·         Memaklumkan kepada penyelidikan tentang penyelidikan yang telah dilaksanakan dalam bidang yang sedang dikaji
·         Mendapatkan rekabentuk penyelidikan serta prosedur-prosedur metodologikal yang boleh digunakan untuk kajian
·         Mendapatkan pandangan tentang modifikasi yang boleh dibuat bagi mengelakkan masalah yang tidak dijangkakan.
·         Mendapatkan latarbelakang bagi membuat interpritasi ke atas hasil kepada kajian.

Setiap tinjauan literature melibatkan memilih bidang dan kata kunci yang berkaitan dengan permasalahan kajian,mencari tajuk-tajuk dan abstrak-abstrak yang sesuai dengan permasalahan yang ingin dikaji dan mengenalpasti sumber sumber dokumen primer. Menurut Wiersma 1991, proses serta aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam tinjauan literature bagi sesuatu penyelidikan ialah :















Menulis tinjauan literatur tersebut
 
Mengenalpasti kata kunci yang relevan dengan permasalahan kajian (Identify key term)
 














                                




                                





                                 Proses tinjauan literatur ialah pertama mengenalpasti descriptor iaitu kata kunci atau frasa yang relevan dengan permasalahan kajian.Seterusnya mengenalpasti sumber-sumber bagi mendapatkan maklumat tersebut dan mengenalpasti tajuk-tajuk kepada laporan-laporan yang mungkin berkaitan.Selepas itu mencari lokasi laporan-laporan tersebut untuk dibaca.Langkah seterusnya ialah membuat penilaian iaitu membaca abstrak atau ringkasan untuk menentukan kesesuaian bahan.Sekiranya laporan-laporan tidak relevan dengan tajuk kajian,maka penyelidik akan mengenepikan laporan-laporan tersebut manakala sekiranya mempunyai kepentingan atau kerelevanan,penyelidik akan mengasingkan laporan-laporan mengikut susunan.Di sini juga penyelidik harus mengenalpasti objektif,tujuan ,kaedah kajian, dapatan,perbincangan,kesimpulan dan implikasi.Seterusnya menyusun literature dan  menyediakan abstrak atau ringkasan laporan-laporan yang relevan tersebut dan akhirnya menyediakan satu bibiliografi yang lengkap dan menulis tinjauan literature tersebut untuk membentuk masalah kajian.














PERSEDIAAN LITERATUR MENGGUNAKAN INTERNET
Untuk membuat literatur yang berkesan menggunakan Internet, langkah-langkah berikut perlulah diambil:
  1. Tuliskan matlamat atau pernyataan fokus anda.
  2. Kenalpastikan bidang-bidang dalam kajian anda yang boleh dibuat melalui bantuan internet dan bidang-bidang yang lebih sesuai dilaksanakan secara tradisional di perpustakaan.
  3. Sediakan pelan tindakan anda. Pilih alat internet yang akan anda gunakan. Adakah anda akan menggunakan World WideWeb, Gopher, Archie, Veronica, Jughead atau WAIS?
  4. Sediakan satu garis panduan tentang apa yang anda sudah tahu, apa yang anda ingin tahu dan apa yang baik sekiranya anda tahu.
  5. Kenalpastikan produk akhir yang anda ingini daripada pencarian maklumat tersebut.

Langkah diatas berfokuskan kepada 5 langkah utama yang perlu diambil kira memastikan tinjauan literatur menggunakan internet yang berkesan. Langkah pertama iaitu menetapkan matlamat atau pernyataan fokus adalah amat penting bagi memastikan pengkaji akan melaksanakan kajian yang betul mengikut perancangan. Langkah kedua iaitu mengenalpasti bidang-bidang kajian yang sesuai dilaksanakan melalui internet atau secara tradisional. Dalam konteks ini, terdapat beberapa bidang kajian yang sesuai dilakukan melalui kaedah tradisional seperti menggunakan buku dan kamus. Hal ini mungkin bersesuaian dengan kajian yang melibatkan pengoperasian definisi atau teori-teori asal seperti Teori Behaviorist yang diasaskan oleh B.F. Skinner. Tinjauan literatur menggunakan internet pula mungkin sesuai jika pengkaji ingin melihat penemuan atau perkembangan terkini tentang tajuk yang dikaji.
            Langkah ketiga melibatkan proses penyediaan pelan tindakan. Pelan tindakan disini termasuklah pemilihan alat internet yang akan digunakan samada menggunakan World WideWeb, Gopher, Archie, Veronica, Jughead atau WAIS. Ia juga mungkin melibatkan perpustakaan nasional atau laman-laman web tertentu yang bersesuaian dengan kehendak atau matlamat yang ingin dicapai dalam proses mencari maklumat tersebut. Seterusnya, pengkaji mestilah menyediakan satu garis panduan yang jelas tentang apa yang telah diketahui, apa yang ingin diketahui serta apa yang baik sekiranya pengkaji ketahui berkenaan tajuk yang dikaji. Aspek ini amat penting bagi memastikan pengkaji dapat fokus kepada apa yang belum dikaji, dan bukan melakukan perkara sama yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Akhir sekali, pengkaji perlulah mengenal pasti produk akhir yang ingin di peroleh di akhir pencarian. Produk akhir di sini merujuk kepada matlamat asal mengapa pengkaji melaksankan tinjauan literatur tersebut.

ALAT-ALAT INTERNET UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN
Internet ialah satu sistem maklumat. Ini bermakna untuk menggunakan sistem ini anda memerlukan alat-alat yang membolehkan anda mencari dan mendapatkan semula maklumat tersebut. Panduan menggunakan Internet dalam pendidikan boleh didapati daripada Williams (1995) dalam bukunya yang berjudul ‘Internet for Teachers’. Secara ringkasnya, alat-alat Internet yang boleh digunakan untuk penyelidikan ialah seperti berikut:
§  E-mail: Mel elektronik
§  Usenet Newsgroups: Buletin elektronik global dimana mereka yang mempunyai minat yang sama bertukar-tukar idea dan maklumat
§  Telnet: Sistem yang membolehkan anda berhubung terus dengan komputer yang berada di mana-mana di seluruh dunia dalam rangkaian internet.
§  FTP: File Transfer Protocol. Satu sistem untuk memindahkan fail daripada komputer yang berada jauh ke komputer sisi.
§  Archie: Sistem dapatan semula maklumat berasaskan katakunci dan nama bagi mendapatkan fail-fail di lokasi FTP.
§  Gopher: Sistem berasaskan menu bagi mencari maklumat dalam internet.
§  Veronica: Sistem indeks dan dapatan semula maklumat berasaskan katakunci bagi mendapatkan tajuk-tajuk dan fail-fail rujukan untuk dokumen yang disimpan di lokasi-lokasi Gopher.
§  Jughead: Sistem dapatan semula maklumat untuk Gopher menggunakan cara pencarian yang ditentukan oleh pengguna.
§  IRC: Internet Relay Chat. Sistem yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna lain dalam masa nyata.
§  WAIS: Wid-Area Information System. Sistem dapatan semula maklumat yang menggunakan kata kunci merentas pangkalan data, fail direktori dan senarai, dan lain-lain sumber internet.
§  World Wide Web: Sistem pemapar dan dapatan semula maklumat dalam internet yang menggunakan hypertext untuk merungkaikan satu dokumen dengan dokumen yang lain.












ü  MEL ELEKTRONIK DAN MAILING LISTS
Untuk menggunakan mailing lists bagi tujuan penyelidikan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga perkara yang berikut:
1.      Capaian internet yang mempunyai kemudahan mel elektronik
2.      Pengguna yang mempunyai perisian membaca dan mengarang mel elektronik
3.      Cara-cara mailing lists mengikut minat/topik anda

Untuk mendapatkan senarai global mailing lists yang dikenali sebagai LISTSERV, anda boleh menggunakan sama ada Gopher atau FTP seperti berikut:
gopher://hearn.nic.surfnet.nl/
fttp://ftp.nic.surfnet.nl/surfnet/netmanagement/earn/services/listserv.list

ü  USENET NEWSGROUPS
Terdapat lebih daripada 20,000 Usenet Newsgroups pada masa kini. Usenet biasanya disusun secara hierarki seperti jadual di bawah:
Hierarki
Topik-topik Perbincangan
alt.
Topik-topik yang pelbagai
bionet.
Sains Biologikal
bit.
Bitnet dan kumpulan-kumpulan LISTSERV
biz.
Perniagaan
clari.
Perkidmatan berita melalui ClariNet
comp.
Sains Komputer
ieee.
Institut Jurutera Elektrikal dan Elektrik
k12.
Tadika sehingga sekolah menengah
misc.
Topik-topik yang diliputi oleh hierarki yang lain
news.
Berita Usenet dan perisian berita
rec.
Rekreasi dan Hiburan
sci.
Sains
soc.
Isu-isu sosial
talk
Perbincangan dan forum

ü  FTP DAN ARCHIE

FTP membolehkan penyelidikan yang menggunakan internet membuat salinan dokumen, program perisian atau fail digital yang terdapat dalam computer yang berada jauh. Archie pula ialah sejenis perkhidmatan yang menyimpan rekod kandungan kebanyakan pelayan FTP dalam internet. Justeru itu pelayan Archie mempunyai inventori fail-fail dan direktori-direktori berates-ratus pelayan FTP. Untuk mencari sesuatu maklumat menggunakan Archie, anda mestilah menyatukan satu perkataan yang mungkin menjadi tajuk fail atau nama direktori yang ingin anda capai.

ü  GOPHER, VERONICA DAN JUGHEAD

Pada masa kini Gopher agak popular digunakan untuk tujuan penyelidikan kerana ianya mudah digunakan dan berkeupayaan menyusun, mengindeks, mencari dan menghantar jumlah maklumat yang besar. Veronica dan Jughead adalah alat yang digunakan untuk mencari maklumat di pelayan atau server Gopher. Kedua-duanya bergantung kepada indeks nama-nama dokumen dan fail, serta indeks nama-nama folder atau direktori yang terdapat di lokasi-lokasi Gopher.

ü  BROWSER ATAU PEMAPAR WORLD WIDE WEB

Mutakhir ini World Wide Web telah berkembang pesat sebagai satu sumber bagi mencapai bahan-bahan penyelidikan dalam Internet. Berikut ialah pemapar atau Browser yang boleh anda gunakan untuk tujuan penyelidikan:

v  Netscape Navigator http://home.netscape.com/

ü  IRC
Dengan menggunakan internet Talk and Ytalk protocol anda boleh berkomunikasi dengan seorang atau beberapa orang pada suatu ketika melalui internet. Dengan perkataan lain anda boleh berinteraksi dengan ramai orang serentak, semuanya dalam masa nyata atau real time. Mereka yang memulakan penyelidikan boleh mencuba menggunakan IRC tetapi harus prihatin supaya masa tidak berlalu begitu sahaja.
PERPUSTAKAAN MAYA DALAM INTERNET
Kebelakangan ini banyak usaha dilakukan bagi mewujudkan rangkaian-rangkaian Ghoper dan World Wide Web di perpustakaan-perpustakaan awam. Istilah teknikal yang biasanya digunakan bagi mencapai katalog perpustakaan elektronik ialah OPAC atau Online Public Access Catalogs. Sesetengah perpustakaan juga menyediakan pengkalan pencapaian awam atau Public access terminal yang biasanya dihubungkan melalui internet. Oleh kerana pengguna tidak perlu hadir di perpustakaan-perpustakaan ini tetapi boleh mencari dan mencapai maklumat yang dikehendaki melalui internet ianya diistilahkan sebagai Perpustakaan Maya. Sehingga kini terdapat lebih daripada 10,000 perpustakaan yang boleh dicapai melalui internet. Beberapa contoh Perpustakaan Maya diberikan di bawah ini:
ü  Perpustakaan-Perpustakaan Nasional
Tempat yang paling baik untuk memulakan penyelidikan dalam internet ialah perpustakaan-perpustakaan nasional yang terdapat di seluruh dunia seperti Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, Perpustakaan Nasional Kanada, Perpustakaan British dan Perpuustakaan Nasional Australia.

o   Perpustakaan British
Perpustakaan ini yang lebih dikenali sebagai British Library merupakan di antara perpustakaan nasional yang tertua dan terkenal di dunia. Gopher perpustakaan ini menggunakan teks dokumen-dokumen yang membolehkan capaian kepada direktori-direktori koleksi yang terdapat di Britain. Justeru itu, seperti Perpustakaan Kanada, perpustakaan ini merupakan pintu kepada sumber-sumber penyelidikan di Britain. Perpustakaan ini boleh dicapai di:

World Wide Web
http://www.bl.uk



o   Perpustakaan Nasional Kanada
Pelayan Gopher di perpustakaan ini merupakan pintu kepada banyak sumber-sumber maklumat di Kanada seperti berikut:
·         Canadian library catalogues and Gopher servers
·         Catalogues and Gopher servers, by geographic location
·         Catalogues and Gopher servers, by type of library
·         Ottawa/Hull libraries
·         Federal library catalogues and Gopher servers
·         Council of Federal Libraries
·         List of Canadian Repository Library
·         Directory of Canadian University Data Libraries and Archives
·         Canadian resources sharing
·         Canadian Library Association

Perpustakaan Nasional Kanada boleh dicapai dalam internet di:
World Wide Web
http://www.nlc-bnc.ca/


o   Perpustakaan Nasional Australia

Perpustakaan ini mempunyai pelayan World Wide Web yang canggih yang bukan sahaja memberi capaian kepada perpustakaan tersebut tetapi juga kepada sumber-sumber maklumat kepada lokasi-lokasi penyelidikan daripada Australia yang terdapat di seluruh dunia. Perpustakaan ini boleh dicapai di:

World Wide Web
http://nla.gov.au



ü  Capaian Talian Terus Katalog Perpustakaan

Berbagai usaha sudah dijalankan bagi menyediakan capaian kepada katalog perpustakaan melalui perkhidmatan World Wide Web dan Gopher dalam internet. Berikut ialah beberapa contoh perkhidmatan sedia ada yang boleh dimanfaatkan untuk tinjauan literatur dalam penyelidikan pendidikan.
           
ü  Library Www Servers
Pelayan Web ini boleh dicapai oleh
http://lib. Washington.edu/~tdowling/libweb.html

ü  Yaleinfo
Pelayan Web ini boleh dicapai di:
gopher://libgopher.yale.edu:70/11/

ü  Libcat
LIBCAT iaitu singkatan kepada Library Catalogs menyediakan hyperlinks kepada lebih daripada 1000 perpustakaan di seluruh dunia. LIBCAT boleh didapati di:
http://www.metronet.lib.mn.us:70/0h/vendor/maven/lc/lcl.html



PENYELIDIKAN MELALUI WORLD WIDE WEB

Salah satu ciri terbaik World Wide Web ialah pengguna tidak hanya terhad kepada capaian berbentuk teks sahaja tetapi boleh mencapai hyperlinks dalam bentuk grafik, bunyi, animasi dan video. Justeru itu, kebelakangan ini World Wide Web atau lebih dikenali sebagai WWW lebih popular daripada alat-alat internet yang lain khususnya untuk tujuan penyelidikan.

Terdapat pelbagai enjin pencari atau search engines yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mencari lokasi maklumat yang disimpan dalam internet. Enjin-enjin pencari ini ialah alat-alat pencari indeks yang dibina daripada pelbagai sumber, sesetengahnya daripada tajuk-tajuk dokumen yang terdapat dalam internet. Sesetengahnya daripada dokumen-dokumen itu sendiri dan sesetengahnya daripada indeks-indeks atau direktori-direktori yang lain. Berikut ialah di antara enjin-enjin pencari dalam Internet yang boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan:

*      Yahoo                         http://www.yahoo.com
*      Lycos                          http://lycos.cs.cmu.edu/

*      Excite                          http://www.excite.com


*      WebCrawler              http://webcrawler.com



*      ALIWEB                   http://www.aliweb.com




*      Savvy Search             http://savvysearching.com/

Sumber-Sumber Web Mengikut Subjek

Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat, beberapa pelayan Web menawarkan pencapaian maklumat mengikut subjek. Di bawah ini disenaraikan beberapa pelayan Web dalam internet mengikut subjek yang boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan:











Rujukan:

Booth, A., Papaioannou, D. & Sutton, A. (2012). Systematic Approaches to a Successful
Literature Review. California: SAGE Publication.
Kinnaman, D & Rowland, R. (1995). Researching the Internet: The Complete Guide to
Finding, Evaluating, and Organizing Information Effectively. Prima Online.

Wiersma, W. (1991). Research in Education: An Introduction 5th .Ed. Allyn and Bacon, USA.

Williams, B. (1995). The Internet for Teachers (--for Dummies). Hungry Minds
Inc;Bk&Disk edition (October 1995).

Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan Literatur/Sorotan Kajian (April 2011)

Boote, D.N. & Beile, P. (2005). Scholars before researchers: On the centrality of the
dissertation literature review in research preparation. Educational Researcher