SITI
ASMAH BINTI MD YUSOF (P74436)
WREYANA BTE MOHD HAMBARI (P74966)
KONSEP PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Peranan guru hanya sebagai seorang
pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Guru digesa
melibatkan diri dalam penilaian sepenuhnya ke atas murid, penggubalan kurikulum
serta penyelidikan untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.
Kini, konsep kurikulum berasaskan
sekolah dan penilaian berasas sekolah sedang dikembangkan dalam situasi
pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga telah diberi penekanan untuk
menggalakkan guru menambah baik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
berasaskan penyelidikan kendiri dan kajian tindakan.
Guru dikehendaki memainkan peranan
bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai
pengeluar hasil penyelidikan untuk menangani masalah profesional yang mereka
hadapi. Guru dikehendaki menjadi lebih peka dan sentiasa menilai tugas dan
kemajuan yang dicapai sebagai pendidik. Oleh yang demikian guru perlu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan, sesuai dengan
fenomena globalisasi dan teknologi maklumat yang semakin maju. Guru juga perlu
boleh menilai laporan penyelidikan yang diterbitkan supaya hasil dapatan boleh
dimanfaatkan oleh semua warga penyelidik.
KONSEP PENYELIDIKAN
Penyelidikan dibuat
untuk menguji idea mengenai siri dan operasi beberapa aspek alam ini. Tanpa
bukti kita tidak dapat menyatakan
sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain. Begitu
juga kita perlu bukti untuk menyokong sama ada suatu program itu dapat menambah
motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Salah satu jalan keluar untuk mencari
penyelesaian suatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk membolehkan
seorang guru menjalankan penyelidikan, guru perlu memahami proses menjalankan
kajian.
Langkah utama dalam
proses penyelidikan adalah mengenalpasti satu masalah yang boleh diselidik dan
boleh ditambah baik. Untuk meneruskan proses itu, seseorang itu harus mempunyai
satu idea yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan penyelidikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYELIDIKAN
Beberapa penulis telah memberi
takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan proses penyelidikan. Sesetengah
penulis telah mentakrifkan penyelidikan dengan ringkas iaitu sebagai satu
proses sistematik untuk memberi jawapan kepasa satu soalan. Jawapan yang diberi
kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak. Berikut akan dibincangkan berbagai
takrifan yang telah diberikan:
Jawapan yang mudah mengenai maksud
penyelidikan adalah seperti yang diberi oleh Tuckman (1990). “Penyelidikan adalah satu usaha yang
sistematik untuk mendapat jawapan kepada soalan”. Dua perkara yang timbul daripada maksud di
atas iaitu mengenai proses ‘sistematik’ dan ‘jawapan kepada soalan’. Ini bererti proses penyelidikan adalah
teratur, mengikut suatu urutan dan dipandu oleh satu soalan yang merupakan
‘masalah’ yang hendak diselesaikan.
Perkataan ‘selidik’ itu bermaksud mencari yang meliibatkan ‘kerja-kerja
memeriksa, menyelidik dan menilai’, akan tetapi takrifan di atas menegaskan
kerja-kerja yang sistematik.
Gage (1975) pula menambah,
“Penyelidikan adalah satu kajian yang sistematik terhadap
pembolehubah-pembolehubah yang menentukan jika dan/atau bagaimana pemboleh ubah
berkait antara satu sama lain”. Mouly
(1963) pula menegaskan, “Penyelidikan sebagai satu proses untuk mendapat
penyelesaian-penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan
data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik”. Kedua-dua definisi di atas menerangkan
penyelidikan sebagai satu proses.
Dua lagi takrifan yang dapat
meneguhkan ciri-ciri proses penyelidikan iaitu definisi yang diberikan oleh
Kerlinger (1990) . “Penyelidikan
saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal
mengenai fenomena semula jadi yang berpandukan teori dan hipotesis mengenai
hubungan yang dijangkakan di antara fenomena”.
Mana kala menurut Best (1991) pula, “Penyelidikan ditakrifkan sebagai
analisa dan pemerhatian yang terkawan secara sistematik dan objektic yang
membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan
akhirnya kawalan kejadian”.
Berdasarkan
definisi-definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan:
1.
Penyelidikan itu sistematik
Sistematik bermaksud ia
melibatkan langkah-langkah yang teraturdan dilakukan
peringkat demi peringkat (Sidek Mohd. Noah, 2002). Ini bermaksud
penyelidikan itu berstruktur prosesnya dan melibatkan urutan yang logik susunannya, bermula dengan
masalah kajian, diikuti dengan penentuan
dan takrifam pembolehubah, rekabentuk kajian untuk menentukan pemboleh ubah dan kesannya terhadap pembolehubah
lain serta interpretasi data yang
dikumpulkan berkait masalah yang timbul.
2.
Penyelidikan itu bersifat logik
Penyelidikan melibatkan
pertimbangan fakta dan logik fikiran manusia berdasarkan
apa yang ditanggap oleh pancainderanya (Sidek Mohd. Noah, 2002).
Penyelidikan tersebut mengikut satu sistem yang menggunakan logik pada beberapa ketika di dalam prosedur
yang digunakan. Penyemakan kesahan keputusan dibuat dengan memeriksa
tatacara yang digunakan dalam
penyelidikan berdasarkan keperluan memenuhi kesahan dalam penyelidikan.
3.
Penyelidikan itu empirikal
Pengumpulan data secara
cerapan menyatakan penyelidikan tersebut adalah empirikal. Penyelidikan
secara empirikal merujuk kepada reliti dan bukan abstrak. Data empirikal itu
merupakan keputusan akhir proses kajian.
4.
Penyelidikan itu reduktif
Penyelidik menggunakan
prosedur analisa terhadap data yang dikumpulkan. Prosedur analisa akan digunakan untuk merumus data yang
dikumpul supaya penyelidik mudah
memahami hubungan dan bagaimana hubungan itu
wujud antara pemboleh ubah. Menurut
Sidek Mohd. Noah (2001) pula, ianya
melibatkan percubaan mengubah hasil atau dapatan kajian menjadi teori.
5.
Penyelidikan itu boleh diulangi dan dipindahkan atau direplikasi
Penyelidikan itu boleh
diulang oleh penyelidik yang sama atau penyelidik yang berlainan dan ia merupakan pengembangan kepada pengetahuan
yang sedia ada. Dari sudut ini, hasil kajian boleh disemak
dengan mengulang proses
penyelidikan. Dapatan boleh dipindahkan
dari satu penyelidik kepada
penyelidik yang lain. Penyelidik boleh
menggunakan atau mengembangkan lagi
memalui penyelidikan lanjutan.
RUMUSAN
Perkataan selidik bermaksud satu
pencarian untuk menjelaskan atau memeriksa sesuatu perkara supaya dapat mencari
maklumat yang boleh membantu penyelidik menyelesaikan masalah. Berdasarkan takrifan-takrifan di atas,
bolehlah disimpulkan bahawa penyelidikan adalah satu proses yang sistematik,
logikal, empirikal dan saintifik yang dijalankan untuk menyelesaikan suatu
masalah. Penyelidikan dikatakan
sistematik kerana prosesnya adalah berstruktur yakni terdapat peraturan dalam
menjalankan kajian itu. Peraturan itu
melibatkan penentuan prosedur-prosedur untuk mengenalpasti dan mentakrif
pemboleh ubah serta memilih rekabentuk kajian bagi mengkaji
pembolehubah-pemboleh ubah itu.
Penyelidikan adalah empirikal kerana ia merujuk kepada kebenaran. Data atau maklumat adalah hasil akhir dalam
penyelidikan. Pengumpulan data akan
menentukan penyelidik itu sebagai satu proses empirikal. Proses ini melibatkan pengukuran daripada
pemerhatian. Proses penyelidikan
bersifat saintifik kerana ia merangkumi satu aktiviti inkuiri yang objektif
berdasarkan pungutan data yang tersusun.
Langkah-langkah dalam penyelidikan
Penyelidikan, seperti yang telah
ditakrifkan, merupakan satu proses yang sistematik kepada persoalan-persoalan
yang hendak diselidik (Kerlinger,1972; Leedy & Ormrod, 2001). Ini menuntut penyelidik untuk mematuhi
langkah-langkah yang telah diterima umum sebagai kaedah saintifik. Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk
secara amnya kepada kaedah saintifik. Aktiviti penyelidik itu merangkumi proses
mengenalpasti masalah uuntuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau
jawapan tentatif kepada masalah itu, menguji hipotesis, pemgumpulan data dengan
instrumen yang sah dan boleh dipercayai disamping penganalisaan serta
interpretasi data. Langkah-langkah
penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1. Setiap langkah penyelidikan akan dibincangkan
dalam modul-modul yang berikutnya.

Rajah 1: Urutan Linear Dalam
Penyelidikan
PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Kandungan dalam sesuatu laporan
lengkap kajiian adalah sinopsis atau abstrak iaitu ringkasan yang menerangkan
tentang kajian yang dilakukan, jenis kajian, pembabitan subjek, di mana,
instrumen yang digunakan dan dapatan kajian yang diperoleh. Daftar jadual, daftar rajah serta senarai
singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber
rujukan dalam menyiapkan kajian.
Kandungan yang lengkap memudahkan
sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai satu bahan ilmiah yang
memberi sumbangan bermakna kepada penyelidik, ke arah meneruskan penyelidikan
atau fenomena baru pada masa akan datang.
AKTIVITI PENYELIDIKAN
A)
Mencari dan mengenal pasti masalah
Peringkat pertama dalam sesuatu
penyelidikan ialah mengenal pasti masalah penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah
penyelidikan yang mampu dikaji. Proses
penyelidikan bermula di peringkat tinjauan dengan menyiasat dan mengenal pasti
isu-isu,idea-idea untuk menentukan tajuk kajian, justifikasi kepada
penyelidikan yang hendak dikaji dan kepentingan penyelidikan yang bakal
dilaksanakan. Masalah biasa seorang
penyelidik guru merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan
sehariannya di dalam atau di luar bilik darjah.
Penyelidik perlu berupaya mengenal
pasti dan memfokus kepada persoalan masalah.
Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-persoalan dan
isu-isu tersirat. Pengenal pastian
masalah melibatkan penentuan dengan tepat persoalan-persoalan dan isu-isu yang
genting dalam bidang pendidikan.
Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi
menentukan masalah dan persoalannya.
Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan
dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan melalui
penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur
semasa memilih masalah penyelidikan.
Pertama, mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk pelbagai persoalan
kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana
tajuk tersebut boleh diselidiki dan keempat, menyatakan hipotesis supaya
pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit
hendaklah dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang
jelas dan khusus.
Pemecahan persoalan kepada
unsur-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan sehingga penyelidik berupaya
mendapatkan penjelasan tentang apakah unsur dan pembolehubah yang dapat
membentuk masalah penyelidikan.
B) Menilai
dan Membentuk Masalah Penyelidikan
Penilaian terhadap sesuatu masalah
membolehkan penyelidik mengetahui sejauh manakah sesuatu masalah penyelidikan
boleh membantu dan memberi kebaikan kepada proses membuat keputusan dalan
pendidikan. Pertimbangan mngenai nilai
kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu
dan pendapat penyelidik. Secara
ringkasnya terdapat beberapa kriteria untuk memantapkan sesuatu masalah
penyelidikan:
i. Masalah
hendaklah sesuai uuntuk diselidiki.
Masalah haruslah tergolong dalam bidang
kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu
memastikan masalah tersebut boleh
dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan yang diperuntukkan.
ii. Penyelidik
perlu menjalankan penyelidikan secara sistematik dan teratur. Penyelidik
perlu menghindarkan masalah yang mempunyai pertimbangan-pertimbangan
nilai dan kepercayaan.
iii. Matlamat
penyelidikan mestilah mempunyai penyelesaian dan dapat meningkatkan pengetahuan serta berfaedah kepada amalan
pendidikan.
Menurut Noaini Idris
(2010), Masalah yang dikaji mestilah jitu dan konkrit serta memerlukan jalan penyelesaian.
iv. Penyelidikan
hendaklah dapat meneguhkan dan menambah lagi pengetahuan sedia ada serta
dapat memandu penyelidik kepada masalah-masalah baru.
C) Pembentukan
Objektif dan Hipotesis
Objektif merupakan sasaran sebenar
penyelidik. Objektif adalah bersifat
lebih khususdan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan objektif
penyellidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan
penyelidikan. Penyelidik perlu membuat
jangkaan hasil penyelidikan yang dapat membantu menjelaskan tujuan kajian
melalui hipotesis yang sesuai.
Pembentukan hipotesis adalah langkah
selepas pemilihan masalah. Hipotesis
merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan di antara dua atau lebih pemboleh
ubah di dalam suatu penyelidikan. Ia
juga adalah saranan sementara bagi menyelesaikan masalah berasaskan teori atau
hasil penyelidikan. Menurut Noraini
Idris (2010), hipotesis ialah satu penyataan yang dibuat tentang suatu fenomena
yang diselidik dalam bentuk ramalan tentang hubung kait antara dua atau lebih
pemboleh ubah yang dijangka mempunyai kaitan.
Berikut dirumuskan tujuan-tujuan
hipotesis:
i. Hipotesis
memberi janngkaan atau ramalan sementara tentang fenomina yang dikaji.
ii. Hipotesis
memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.
iii. Hipotesis
dapat memberi panduan kepada penyelidik kerana hipotesis mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah
penyelidikan, mencadangkan
analisa statistik yang berkaitan dengan
pembolehubah-pembolahubah
yang dikaji.
iv. Hipotesis
memberi rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga memberi
panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.
CIRI-CIRI HIPOTESIS
Antara ciri-ciri tertentu
hipotesis ialah:
a.
Hipotesis
hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna.
b.
Hipotesis
mestilah sepandan deengan pengetahuan sedia ada, tidak bertentangan dengan teori dan hukun yang sedia ada.
c.
Hipotesis
mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas.
d.
Hipotesis
hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
e.
Hipotesis
mestilah boleh diuji. Pengujuan
hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama
ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipptesis diuji.
Definasi Istilah Secara Operasi
Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah
didefinisikan dengan jelas dalam konteks skop kajian terbabit dan rumusan dari
beberapa definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan
dan memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep
khusus dalam bidang perkaitan. Definisi istilah boleh dilakukan dalam dua
bentuk iaitu definisi konstitutif dan definisi beroperasi. Definisi istilah ini
juga boleh dilakukan dengan menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza
dan definisi penentuan.
Tinjauan
Literatur
Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau
tinjauan literatur penyelidik akan mengetahui dengan jelas latar belakang
sesuatu masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan pengkaji menggunakan
dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan sebagainya untuk membentuk satu
strategi dari kaedah yang berkesan menyelesaikan masalah.
Penyelidik boleh menggunakan
beberapa cara untuk mencari karya-karya yang berkaitan dengan sesuatu
penyelidikan pendidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang meliputi
penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara,ensaiklopedia, katalog dan
penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review Resources
Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara lain untuk
mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan professional yang tidak
diterbitkan, buku panduan dan lain-lain. Modul keempat akan menerangkan dengan
lebih terperinci.
Populasi dan
Persempelan
Mengenal
pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi menentukan
bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara langsung sejauh
mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisa.
Pentafsiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga
dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan
penyelidikan yang berkesan penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan
tepat dan jelas.
Sampel
Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu
masalah dan dengan itu penyelidikan harus melibatkan keseluruhan individu dalam
populasi. Bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua
ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu lakukan ialah menggunakan sebahagian
kecil ahli populasi yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sampel bagi
menganggar maklumat untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapakan
sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut:
1.
Persempelan
berasaskan teori kebarangkalian
Persampelan
merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat
menjimatkan kos, masa dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidaklah boleh
memilih sampel kerana pemilihan sampel bersandarkan teori kebarangkalian.
2.
Persampelan
tidak berasaskan teori kebarangkalian
Kadangkala
penyelidik mrasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian
penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.
KEADAH
PENYELIDIKAN
Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan
untuk mendapatkan jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan
pendidikan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada
objektif sesuatu penyelidikan. Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti
objektif dan jenis penyelidik yang sering digunakan dalam penyelidikan
kualitatif dan dan penyelidikan penilaian.
INSTRUMEN
Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi
penyelidikan perkara-perkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah
penyelidikan ialah cara-cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat,
kaur dan tidak berkesan serta boleh menyebabkan beban menginterpasikan maklumat
dan hasil kajian. Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku
disebabkan alat pengumpulan data yang tidak berkesan.
Instrument ialah alat yang digunakan untuk
mengumpulkan maklumat tentang subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur
yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil
instrument daripada kajian-kajian lepas dengan mengubah suai selaras dengan
objektif dan matlamat sesuatu kajian penyelidikan.
Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan
dan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk
bertindak secara positif atau negative terhadap olahan dan seterusnya tehadap
pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan mengambil perhatian yang teliti semasa
membentuk dan mentadbir instrumensupaya dapat member gambaran sebenar kepada
subjek yang dikaji. Instrumen atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat
diterangkan dengan jelas dari mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat
tersebut, itemitem yang ada dan skala jawapan yang digunakan. Intrumen yang
diambil dari luar hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut
kesesuaian budaya tempatan dan ayat-ayat yang mudah difahami.
Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan
hendaklah dinyatakan dari hasil ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan
terhadap sampel rawak terpilih dalam tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil
ujian tersebut. Item-item yang mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau
diubah suai dan diuji semula sebeum dijalankan pungutan data sebenar.
Memproses dan
Menganalisis Data
Membuat analisis dan interprestasi merupakan peringkat
yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil
dapatan dan kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat
cadangan dan tindakan yang selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang
kurang memuaskan atau menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam
kajain yang kedua.
Proses menganalisis, menginterprestasi dan membuat
keputusan hanya boleh dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada
instrument soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan
mudah dihadkan dengan menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh,
histogram, graf garisan, carta palang dan sebagainya boleh membantu.
Pentafsiran dibantu dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu.
Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.
MEMBUAT
KESIMPULAN
Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan
kepada masalah yang dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan
berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang
diperolehi untuk member jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi
fakta sebaik mungkin dan tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan.
Pada kebiasaannya tedapat dua kemungkinan keputusan
yang diperolehi daripada pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama
ialah keputusan seperti yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan
pertentangan dengan hipotesis penyelidik. Hanya data daripada dua kemungkinan
tersebut boleh berlaku. Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik
bersedia mentafsir keputusan negatif atau sebaliknya.
MEMBUAT LAPORAN
Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil
jawapan kepada masalah penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk
penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat
laporan merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan
penyelidikan ini biasanya mengamdungi perkara-perkara berikut :
1. Pengenalan
2. Penyataan
masalah penyelidikan
3. Objektif
dan tujuan penyelidikan
4. Tinjauan
Literatur
5. Keadah
penyelidikan yang digunakan
6. Keputusan
kajian
7. Rumusan
dan cadangan
8. Penemuan
penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama. Laporan
mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan penyelidikan
harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam kalangan masyarakat
berbudaya penyelidikan agar kegunaannya lebih mantap dan meluas.
RUMUSAN
Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling
sedikit sebanyak bersifat saintifik. Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu
dan ingin meneroka. Penerokaan dan penyelidikan memrlukan pengetahuan dan asas-asas
bukti yang kukuh serta saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang
pendidikan yang mana ia bersifat global, penyelidikan seharusnya melbatkan
perancangan yang sistematik dan teratur supaya kerja-kerja penyelidikan
pendidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan.
Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti
untuk memahami sesuatu fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat.
Penyelidikan mengandungi masalah yang hendak
diselidiki, bukti yangmengandungi fakta-fakta analisis dan klasifikasi yang
logic dan diuji penggunannya kea rah penyelesaian masalah serta akhirnya
kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut membabitkan beberapa
prosedur secara saintifik dan sistematik.
Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan
sesuatu yang bernilai dan dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu
fenomena, juga sebagai panduan kepada penyelidikan pada masa akan dating bagi
menghadapi kajian dan penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan
tamadun manusia
RUJUKAN
Leedy, P.D> (1997).
Practical Research: Planning and Design.
6th ed. Prentice Hall, New Jersey.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tuckman B.W. (1994). Conducting Educational Research. 4th
Ed. Harcourt Brace & Company, Florida, U.S.A.
Bebbie, E. (1986). The Practice of Social Research. 4th
Ed. Wadsworth,Belmont, California.
Best, J.W. and Kahn, J.V.
(1998). Research in educational 8th.
Ed. Allyn and Bacon, USA.
Kerlinger, F.N. (1990). Foundation of Behavioral Research (2nd
Edition). New York: Holt, Rinehart and Winson.
Wiersma, W. (1991). Research in Education: An Introduction 5th
.Ed. Allyn and Bacon, USA.
Mouly, G.J. (1963). The Science of Educational Research. New
York: American Book Company.
Best J.W. (1991). Research in Educatioanal. New Jersey:
Prentice Hall Inc.
Terbaik!
ReplyDelete