Disediakan oleh:
Ahmad Nazreen bin Mohammad Fauzi P73937
Nur Alyaa Syazwani binti Zainodin P73951
TINJAUAN LITERATUR DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN
Tinjauan literatur atau sorotan kajian biasanya diletakkan dalam
bab dua dalam sesuatu tesis atau laporan kajian. Menurut Amani Dahaman (2011),tinjauan
literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku,
prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu
penyelidikan terbaru. Tinjauan literatur ialah pengumpulan maklumat penyelidik
tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat tinjauan
literatur seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari
oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji.Selain
itu tinjauan literature adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada
butiran yang terperinci. Ia membabitkan kesimpulan
bertulis tentang artikel dalam jurnal,buku dan dokumen lain yang menjelaskan
maklumat lepas dan semasa , menyusun literatur dalam topik tertentu dan
mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan .Justeru, tinjauan literatur merupakan satu proses
sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari,mengumpul,membaca
serta merumus maklumat dengan terperinci.Tinjauan literatur amat penting kerana
ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikanyang akan
dilakukan.Umumnya ia ditulis mengikut subtopik tertentu mengikut minat dan
kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
Menurut
D.N. & Beile, P. (2005), objektif tinjaun literatur adalah membezakan apa
yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji,menemui pembolehubah yang
relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan menggabungkan bahagian-bahagian
penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru
dalam topik yang sama. Selain itu objektif tinjauan literature adalah untuk
memahami struktur latar belakang subjek penyelidikan yang
dijalankan.menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan
yang hendak dijalankan.
Antara
kepentingan tinjauan literatur ialah mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah
penting.Tinjauan literature biasanya boleh membantu seseorang penyelidik
mendapat idea yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam
sesuatu persoalan yang ingin dikaji.Di samping itu,tinjauan literature dapat
membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep-konsep penting dalam
sesuatu kajian.Selain itu,ia dapat membezakan apa yang telah dikaji dengan yang
dikaji.Apabila seseorang penyelidik menjalankan tinjauan literature, beliau
bukan sahaja dapat membezakan apa yang telah dikaji dengan apa yang
dikaji,tetapi beliau juga dapat menjadikan kajian-kajian yang lepas sebagai
asas kepada permasalahan yang ingin dikaji.Misalnya hasil kajian yang lalu
dapat memperkenalkan beberapa hala tuju baru kepada kajian yang akan
dilakukan.Kepentingan literature juga dapat membaut sintesis kea rah perspektif
berbeza.Proses membuat rumusan ke atas kajian-kajian yang lepas melalui
tinjauan literatur biasanya membolehkan seseorang penyelidik membuat sintesis
tentang bidang ilmu sekaligus membantu dapat perspektif baru bagi mengkaji
permasalahan tersebut. Dengan perkataan lain,tinjauan literature membantu
seseorang penyelidik mendapatkan fokus kepada isu yang ingin dikaji.
Selain
itu kepentingan yang lain ialah menentukan makna dan
hubungan.Pembolehubah-pembolehubah dalam setiap kajian perlu
dinyatakan,didefinisikan dan dihubungkan dalam permasalahan atau hipotesis yang
akan dilihat.Justeru itu,sekiranya tinjauan literature dilaksanakan ,
penyelidik tidaklah terikat untuk membina makna dan hubungan yang asli bermula
dari awal tetapi boleh menggunakan atau membuat adaptasi daripada makna dan
hubungan dari kajian-kajian lepas yang berkaitan.Kepentingan yang berikutnya
ialah menyediakan konteks kepada permasalahan.Konteks kepada sesuatu
permasalahan yang dikaji merupakan rujukan kepada pembaca kenapa isu tersebut
merupakan satu masalah.Dengan perkataan lain,tinjauan literature memberi
konteks kepada penyataan masalah sesuatu penyelidikan.Ini penting sebagai
justifikasi kepada setting di mana masalah tersebut diambil.Kepentingan yang
terakhir ialah memperkuat signifikasi permasalahan.Sesuatu pernyataan masalah
biasanya didasarkan kepada justifikasi teoritikal.Untuk ini biasanya seseorang
penyelidik mengambil rujukan daripanda tinjauan literature yang dibuat.Justeru
itu, tinjauan literature yang dilaksanakan dalam sesuatu penyelidikan
memperkuatkan signifikasi bagi menyiasat permasalahan tersebut.Ringkasnya,selain
daripada memberi konteks dan signifikasi kepada permasalahan yang sedang
dikaji,tinjauan literature menurut Wiersma(1991) penting dan berguna bagi :
·
Mengenalpasti
dan menghadkan permasalahan kajian
·
Memaklumkan
kepada penyelidikan tentang penyelidikan yang telah dilaksanakan dalam bidang
yang sedang dikaji
·
Mendapatkan
rekabentuk penyelidikan serta prosedur-prosedur metodologikal yang boleh
digunakan untuk kajian
·
Mendapatkan
pandangan tentang modifikasi yang boleh dibuat bagi mengelakkan masalah yang
tidak dijangkakan.
·
Mendapatkan
latarbelakang bagi membuat interpritasi ke atas hasil kepada kajian.
Setiap tinjauan
literature melibatkan memilih bidang dan kata kunci yang berkaitan dengan
permasalahan kajian,mencari tajuk-tajuk dan abstrak-abstrak yang sesuai dengan
permasalahan yang ingin dikaji dan mengenalpasti sumber sumber dokumen primer. Menurut
Wiersma 1991, proses serta aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam tinjauan
literature bagi sesuatu penyelidikan ialah :
![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
|
|
Proses
tinjauan literatur ialah pertama mengenalpasti descriptor iaitu kata kunci atau
frasa yang relevan dengan permasalahan kajian.Seterusnya mengenalpasti
sumber-sumber bagi mendapatkan maklumat tersebut dan mengenalpasti tajuk-tajuk
kepada laporan-laporan yang mungkin berkaitan.Selepas itu mencari lokasi
laporan-laporan tersebut untuk dibaca.Langkah seterusnya ialah membuat
penilaian iaitu membaca abstrak atau ringkasan untuk menentukan kesesuaian
bahan.Sekiranya laporan-laporan tidak relevan dengan tajuk kajian,maka
penyelidik akan mengenepikan laporan-laporan tersebut manakala sekiranya
mempunyai kepentingan atau kerelevanan,penyelidik akan mengasingkan
laporan-laporan mengikut susunan.Di sini juga penyelidik harus mengenalpasti
objektif,tujuan ,kaedah kajian, dapatan,perbincangan,kesimpulan dan implikasi.Seterusnya
menyusun literature dan menyediakan
abstrak atau ringkasan laporan-laporan yang relevan tersebut dan akhirnya
menyediakan satu bibiliografi yang lengkap dan menulis tinjauan literature tersebut
untuk membentuk masalah kajian.
PERSEDIAAN
LITERATUR MENGGUNAKAN INTERNET
Untuk membuat literatur yang berkesan menggunakan
Internet, langkah-langkah berikut perlulah diambil:
- Tuliskan matlamat atau pernyataan fokus anda.
- Kenalpastikan bidang-bidang dalam kajian anda
yang boleh dibuat melalui bantuan internet dan bidang-bidang yang lebih
sesuai dilaksanakan secara tradisional di perpustakaan.
- Sediakan pelan tindakan anda. Pilih alat internet
yang akan anda gunakan. Adakah anda akan menggunakan World WideWeb, Gopher,
Archie, Veronica, Jughead atau WAIS?
- Sediakan satu garis panduan tentang apa yang anda
sudah tahu, apa yang anda ingin tahu dan apa yang baik sekiranya anda
tahu.
- Kenalpastikan produk akhir yang anda ingini
daripada pencarian maklumat tersebut.
Langkah
diatas berfokuskan kepada 5 langkah utama yang perlu diambil kira memastikan
tinjauan literatur menggunakan internet yang berkesan. Langkah pertama iaitu
menetapkan matlamat atau pernyataan fokus adalah amat penting bagi memastikan
pengkaji akan melaksanakan kajian yang betul mengikut perancangan. Langkah
kedua iaitu mengenalpasti bidang-bidang kajian yang sesuai dilaksanakan melalui
internet atau secara tradisional. Dalam konteks ini, terdapat beberapa bidang
kajian yang sesuai dilakukan melalui kaedah tradisional seperti menggunakan
buku dan kamus. Hal ini mungkin bersesuaian dengan kajian yang melibatkan
pengoperasian definisi atau teori-teori asal seperti Teori Behaviorist yang diasaskan
oleh B.F. Skinner. Tinjauan literatur menggunakan internet pula mungkin sesuai
jika pengkaji ingin melihat penemuan atau perkembangan terkini tentang tajuk
yang dikaji.
Langkah ketiga melibatkan proses
penyediaan pelan tindakan. Pelan tindakan disini termasuklah pemilihan alat
internet yang akan digunakan samada menggunakan World WideWeb, Gopher, Archie,
Veronica, Jughead atau WAIS. Ia juga mungkin melibatkan
perpustakaan nasional atau laman-laman web tertentu yang bersesuaian dengan
kehendak atau matlamat yang ingin dicapai dalam proses mencari maklumat
tersebut. Seterusnya, pengkaji mestilah menyediakan satu garis panduan yang
jelas tentang apa yang telah diketahui, apa yang ingin diketahui serta apa yang
baik sekiranya pengkaji ketahui berkenaan tajuk yang dikaji. Aspek ini amat
penting bagi memastikan pengkaji dapat fokus kepada apa yang belum dikaji, dan
bukan melakukan perkara sama yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini.
Akhir sekali, pengkaji perlulah mengenal pasti produk akhir yang ingin di
peroleh di akhir pencarian. Produk akhir di sini merujuk kepada matlamat asal
mengapa pengkaji melaksankan tinjauan literatur tersebut.
ALAT-ALAT
INTERNET UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN
Internet ialah satu sistem maklumat. Ini bermakna
untuk menggunakan sistem ini anda memerlukan alat-alat yang membolehkan anda
mencari dan mendapatkan semula maklumat tersebut. Panduan menggunakan Internet
dalam pendidikan boleh didapati daripada Williams (1995) dalam bukunya yang
berjudul ‘Internet for Teachers’. Secara ringkasnya, alat-alat Internet
yang boleh digunakan untuk penyelidikan ialah seperti berikut:
§ E-mail:
Mel elektronik
§ Usenet Newsgroups: Buletin elektronik global dimana mereka yang
mempunyai minat yang sama bertukar-tukar idea dan maklumat
§ Telnet: Sistem
yang membolehkan anda berhubung terus dengan komputer yang berada di mana-mana
di seluruh dunia dalam rangkaian internet.
§ FTP: File Transfer Protocol. Satu sistem untuk memindahkan fail daripada komputer
yang berada jauh ke komputer sisi.
§ Archie:
Sistem dapatan semula maklumat berasaskan katakunci dan nama bagi mendapatkan
fail-fail di lokasi FTP.
§ Gopher:
Sistem berasaskan menu bagi mencari maklumat dalam internet.
§ Veronica:
Sistem indeks dan dapatan semula maklumat berasaskan katakunci bagi mendapatkan
tajuk-tajuk dan fail-fail rujukan untuk dokumen yang disimpan di lokasi-lokasi Gopher.
§ Jughead:
Sistem dapatan semula maklumat untuk Gopher menggunakan cara pencarian
yang ditentukan oleh pengguna.
§ IRC: Internet Relay Chat. Sistem yang membolehkan para pengguna berinteraksi
dengan pengguna lain dalam masa nyata.
§ WAIS: Wid-Area Information System. Sistem dapatan semula maklumat yang menggunakan kata
kunci merentas pangkalan data, fail direktori dan senarai, dan lain-lain sumber
internet.
§ World Wide Web: Sistem pemapar dan dapatan semula maklumat dalam internet yang
menggunakan hypertext untuk
merungkaikan satu dokumen dengan dokumen yang lain.
ü MEL ELEKTRONIK DAN MAILING LISTS
Untuk menggunakan mailing
lists bagi tujuan penyelidikan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga
perkara yang berikut:
1.
Capaian internet
yang mempunyai kemudahan mel elektronik
2.
Pengguna yang
mempunyai perisian membaca dan mengarang mel elektronik
3.
Cara-cara mailing lists mengikut minat/topik anda
Untuk mendapatkan senarai global mailing lists yang
dikenali sebagai LISTSERV, anda boleh menggunakan sama ada Gopher atau FTP
seperti berikut:
gopher://hearn.nic.surfnet.nl/
fttp://ftp.nic.surfnet.nl/surfnet/netmanagement/earn/services/listserv.list
ü USENET NEWSGROUPS
Terdapat lebih daripada 20,000 Usenet Newsgroups pada
masa kini. Usenet biasanya disusun secara hierarki seperti jadual di
bawah:
Hierarki
|
Topik-topik Perbincangan
|
alt.
|
Topik-topik yang pelbagai
|
bionet.
|
Sains Biologikal
|
bit.
|
Bitnet dan kumpulan-kumpulan LISTSERV
|
biz.
|
Perniagaan
|
clari.
|
Perkidmatan berita melalui ClariNet
|
comp.
|
Sains Komputer
|
ieee.
|
Institut Jurutera Elektrikal dan Elektrik
|
k12.
|
Tadika sehingga sekolah menengah
|
misc.
|
Topik-topik yang diliputi oleh hierarki yang lain
|
news.
|
Berita Usenet dan perisian berita
|
rec.
|
Rekreasi dan Hiburan
|
sci.
|
Sains
|
soc.
|
Isu-isu sosial
|
talk
|
Perbincangan dan forum
|
ü FTP DAN ARCHIE
FTP membolehkan penyelidikan yang menggunakan internet
membuat salinan dokumen, program perisian atau fail digital yang terdapat dalam
computer yang berada jauh. Archie pula ialah sejenis
perkhidmatan yang menyimpan rekod kandungan kebanyakan pelayan FTP
dalam internet. Justeru itu pelayan Archie mempunyai inventori fail-fail
dan direktori-direktori berates-ratus pelayan FTP. Untuk mencari sesuatu
maklumat menggunakan Archie, anda mestilah menyatukan satu perkataan yang
mungkin menjadi tajuk fail atau nama direktori yang ingin anda capai.
ü GOPHER, VERONICA DAN JUGHEAD
Pada masa
kini Gopher
agak popular digunakan untuk tujuan penyelidikan kerana ianya mudah digunakan
dan berkeupayaan menyusun, mengindeks, mencari dan menghantar jumlah maklumat
yang besar. Veronica dan Jughead adalah alat yang digunakan
untuk mencari maklumat di pelayan atau server Gopher. Kedua-duanya
bergantung kepada indeks nama-nama dokumen dan fail, serta indeks nama-nama
folder atau direktori yang terdapat di lokasi-lokasi Gopher.
ü BROWSER ATAU PEMAPAR
WORLD WIDE WEB
Mutakhir ini World
Wide Web telah berkembang pesat sebagai satu sumber bagi mencapai
bahan-bahan penyelidikan dalam Internet. Berikut ialah pemapar atau Browser
yang boleh anda gunakan untuk tujuan penyelidikan:
v Netscape Navigator http://home.netscape.com/
ü IRC
Dengan menggunakan internet Talk
and Ytalk
protocol anda boleh berkomunikasi dengan seorang atau beberapa orang pada suatu
ketika melalui internet. Dengan perkataan lain anda boleh berinteraksi dengan
ramai orang serentak, semuanya dalam masa nyata atau real time. Mereka yang
memulakan penyelidikan boleh mencuba menggunakan IRC tetapi harus prihatin
supaya masa tidak berlalu begitu sahaja.
PERPUSTAKAAN
MAYA DALAM INTERNET
Kebelakangan ini banyak usaha dilakukan bagi
mewujudkan rangkaian-rangkaian Ghoper dan World Wide Web di
perpustakaan-perpustakaan awam. Istilah teknikal yang biasanya digunakan bagi mencapai
katalog perpustakaan elektronik ialah OPAC atau Online Public Access Catalogs.
Sesetengah perpustakaan juga menyediakan pengkalan pencapaian awam atau Public access terminal yang biasanya
dihubungkan melalui internet. Oleh kerana pengguna tidak perlu hadir di
perpustakaan-perpustakaan ini tetapi boleh mencari dan mencapai maklumat yang
dikehendaki melalui internet ianya diistilahkan sebagai Perpustakaan Maya.
Sehingga kini terdapat lebih daripada 10,000 perpustakaan yang boleh dicapai
melalui internet. Beberapa contoh Perpustakaan Maya diberikan di bawah ini:
ü Perpustakaan-Perpustakaan
Nasional
Tempat yang paling baik
untuk memulakan penyelidikan dalam internet ialah perpustakaan-perpustakaan
nasional yang terdapat di seluruh dunia seperti Perpustakaan Kongres Amerika
Syarikat, Perpustakaan Nasional Kanada, Perpustakaan British dan Perpuustakaan
Nasional Australia.
o Perpustakaan
British
Perpustakaan ini yang lebih
dikenali sebagai British Library merupakan di antara perpustakaan nasional yang
tertua dan terkenal di dunia. Gopher perpustakaan ini menggunakan teks
dokumen-dokumen yang membolehkan capaian kepada direktori-direktori koleksi
yang terdapat di Britain. Justeru itu, seperti Perpustakaan Kanada,
perpustakaan ini merupakan pintu kepada sumber-sumber penyelidikan di Britain.
Perpustakaan ini boleh dicapai di:
World Wide
Web
http://www.bl.uk

o Perpustakaan
Nasional Kanada
Pelayan Gopher di perpustakaan
ini merupakan pintu kepada banyak sumber-sumber maklumat di Kanada seperti
berikut:
·
Canadian library catalogues and Gopher servers
·
Catalogues and Gopher servers, by geographic location
·
Catalogues and Gopher servers, by type of library
·
Ottawa/Hull libraries
·
Federal library catalogues and Gopher servers
·
Council of Federal Libraries
·
List of Canadian Repository Library
·
Directory of Canadian University Data Libraries and
Archives
·
Canadian resources sharing
·
Canadian Library Association
Perpustakaan Nasional Kanada
boleh dicapai dalam internet di:
World Wide Web
http://www.nlc-bnc.ca/

o Perpustakaan
Nasional Australia
Perpustakaan ini mempunyai
pelayan World Wide Web yang canggih yang bukan sahaja memberi capaian
kepada perpustakaan tersebut tetapi juga kepada sumber-sumber maklumat kepada
lokasi-lokasi penyelidikan daripada Australia yang terdapat di seluruh dunia.
Perpustakaan ini boleh dicapai di:
World Wide
Web
http://nla.gov.au


ü Capaian
Talian Terus Katalog Perpustakaan
Berbagai usaha sudah dijalankan bagi menyediakan
capaian kepada katalog perpustakaan melalui perkhidmatan World Wide Web dan Gopher
dalam internet. Berikut ialah beberapa contoh perkhidmatan sedia ada yang boleh
dimanfaatkan untuk tinjauan literatur dalam penyelidikan pendidikan.
ü Library Www Servers
Pelayan Web ini boleh
dicapai oleh
http://lib.
Washington.edu/~tdowling/libweb.html
ü Yaleinfo
Pelayan Web ini boleh
dicapai di:
gopher://libgopher.yale.edu:70/11/
ü Libcat
LIBCAT
iaitu singkatan kepada Library Catalogs menyediakan hyperlinks kepada lebih daripada 1000 perpustakaan di seluruh
dunia. LIBCAT boleh didapati di:
http://www.metronet.lib.mn.us:70/0h/vendor/maven/lc/lcl.html
PENYELIDIKAN MELALUI WORLD WIDE WEB
Salah satu ciri
terbaik World Wide Web ialah pengguna tidak hanya terhad kepada capaian
berbentuk teks sahaja tetapi boleh mencapai hyperlinks
dalam bentuk grafik, bunyi, animasi dan video. Justeru itu, kebelakangan ini World
Wide Web atau lebih dikenali sebagai WWW lebih popular
daripada alat-alat internet yang lain khususnya untuk tujuan penyelidikan.
Terdapat
pelbagai enjin pencari atau search engines yang boleh digunakan oleh penyelidik
untuk mencari lokasi maklumat yang disimpan dalam internet. Enjin-enjin pencari
ini ialah alat-alat pencari indeks yang dibina daripada pelbagai sumber,
sesetengahnya daripada tajuk-tajuk dokumen yang terdapat dalam internet.
Sesetengahnya daripada dokumen-dokumen itu sendiri dan sesetengahnya daripada
indeks-indeks atau direktori-direktori yang lain. Berikut ialah di antara
enjin-enjin pencari dalam Internet yang boleh digunakan untuk tujuan
penyelidikan:









Sumber-Sumber Web Mengikut Subjek
Untuk memudahkan
pengguna mencari maklumat, beberapa pelayan Web menawarkan pencapaian
maklumat mengikut subjek. Di bawah ini disenaraikan beberapa pelayan Web
dalam internet mengikut subjek yang boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan:
- ERIC- Education Resources Information Centre

- Sociofile

- Social
Science citation index

- Dissertation
abstracts

Rujukan:
Booth, A.,
Papaioannou, D. & Sutton, A. (2012). Systematic
Approaches to a Successful
Literature
Review. California: SAGE
Publication.
Kinnaman, D
& Rowland, R. (1995). Researching the
Internet: The Complete Guide to
Finding, Evaluating, and Organizing Information
Effectively. Prima Online.
Wiersma,
W. (1991). Research in Education: An
Introduction 5th .Ed. Allyn and Bacon, USA.
Williams, B.
(1995). The Internet for Teachers (--for
Dummies). Hungry Minds
Inc;Bk&Disk
edition (October 1995).
Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan
Literatur/Sorotan Kajian (April 2011)
Boote, D.N. & Beile, P. (2005).
Scholars before researchers: On the
centrality of the
dissertation
literature review in research preparation. Educational Researcher
salam cikgu hairul... boleh cikgu kongsikan cara cikgu melanjutkan pelajaran di ukm... saya agak pening dalam mencari universiti yang menawarkan bidang penyelidikan pendidikan. ada cara lain saya boleh hubungi cikgu?
ReplyDeletehehe
ReplyDeletehehe
ReplyDeletetitanium bohr model 1 - Titsanium Artworks
ReplyDeleteTitsanium Artworks - Titsanium Artworks - Titsanium Artworks. Titsanium Artworks is an titanium astroneer innovative titanium nipple bars artworks group titanium scooter bars that focuses on tungsten titanium the manufacture of mechanical ffxiv titanium nugget and